Jumaat, 24 Julai 2009

aku lar anak penyambung warisan ini....



WARISAN



Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan



( korus )Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini



BetapaDibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki



Aku Bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini



( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Khamis, 16 Julai 2009

INI LAR MEREKA.....


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).
Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.
Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.
Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.
Selain itu, punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN. Tambah beliau, jika pengundi muda sudah menyokong BN, PAS seharusnya melakukan bedah siasat yang sejujur mungkin kerana perjuangan Islam yg dibawa oleh parti Islam itu tidak lagi menarik golongan muda untuk bersamanya.
*****xhabis-habis dorang ni nak persalahkan kerajaan dengan menuduh kerajaan memberi sogokan kepada pengundi??? Kalau begitu, di Permatang Pauh di mana dsi menang besar, sudah tentu besar sogokan yang diberi oleh pakatan rakyat??? xder pulok BN nak tuduh sebegitu kepada mereka?
***** "merata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" : peribahasa inilah yang paling tepat dilabelkan kepada geng-geng yang kononnya memperjuangkan Islam dan merasakan diri mereka sahaja yang akan selamat dari neraka dan akan masuk syurga...
*****Allah swt Maha Adil dan Mengetahui....

Rabu, 15 Julai 2009

RENUNGAN PAGI

Al-Quran pendinding diri


Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Apabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq. Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati, cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas. 9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah swt lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah swt beri melalui manusia...

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. **Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbunatas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu -bahagi dan akhirat dibawa mati.
*** Sementara kita di dunia pinjaman ini, marilah kita memperbanyakkan perkara yang baik, bersatu padu dan jangan sesama Melayu dan Islam...

Selasa, 14 Julai 2009

100 Hari Sebagai Perdana Menteri Malaysia




Sabtu lalu genap 100 hari DSNTAR sebagai Menteri Perdana ....100 hari disambut dengan majlis mesra rakyat dituruti dengan pengumuman 11 perkara yang jelas menunjukkan DSNTAR mendahulukan rakyat seperti yang beliau katakan.....Penambahbaikan(Retreat) KPI yang menjadi teras utama dalam menjayakan agenda kerajaan juga amat jelas DSNTAR mengutamakan pencapaian dan hasilnya akan memberi banyak faedah kepada Rakyat..KPI tiada yang terkecuali merupakan satu pembaharuan yang tepat 1Malaysia "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan". Syabas DSNTAR......Semoga ALLAH Memelihara beliau dan seluruh rakyat Malaysia.........SYUKUR..........................