Khamis, 11 Februari 2010

ANWAR PERLU MOHON MAAF(Utusan Malaysia 11 Febuari 2010)

Tajuk akhbar Utusan Malaysia 11 Febuari 2010.....meminta DSAI memohon maaf kepada utusan Malaysia. Sebenarnya DSAI sepatutnya bukan sahaja perlu memohon maaf kepada Utusan tetapi perlu juga bertaubat dan bukan hanya taubuat.Peguam kes liwatnya Karpal Singh juga pernah berkata"ANUWAR BRAHIM PERLU BERTAUBAT"....apakah DSAI dah bertaubat dengan memilih Karpal Singh sebagai peguam belanya.....
Karpal Singh juga mesti memohon maaf dengan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dengan kenyataan BiaDAPnya dengan menyatakan Hakim Berbohong.....Inilah sejarah dalam sistem perundangan dimana Hakim dikatakan "Berbohong" ,ini amat kasar dan tidak wajar dilemparkan kepada Hakim oleh seorang peguam.Cuma kita nak bagi tahu kapal sing yang sebenarnya dia pembohongnya dan orang yang menduduki tempat pertama sebagai pembohong adalah anak guamannya Anuwar ibrahim.Kenapa kapal sing bersungguh-sungguh nak mempertahankan pembohong?Sebenarnya merekalah pembohong-pembohong diabad ini.
Bayangkan pembohong-pembohong ini memerintah negara.....rosak anak cucu dek kerana mereka ini. Aapakah kapal sing juga akan menjadi peguam syariee anuwar bila tuntutan qazafnya didengar dimahkamah? kita tak hairan memang pun kapal sing telah gelar ustaz oleh pemimpin pembangkang.Hebatnya lakonan mereka yang diterbit dan diarahkan oleh anuwar ibrahim.Selamatkan Malaysia.................

Isnin, 8 Februari 2010

KES LIWAT YANG LEWAT

Hari ini masuk hari ketiga kes perbicaraan salah laku seks(Liwat) DSAI.Kini tiba masanya pula peguan bela DSAI mengemukan soalan balas terhadap saiful bahri. Saya amat tertarik dengan keberanian Sdr.Saiful dalam mempertahankan dirinya...Keikhlasan bersumpah telah pun ditunaikan...kini mahkamah yang adil menjadi saksi dengan kebenaran dan akan menguraikan segala kekusutan yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Diharapkan semua pihak bersabar terutama pihak pembangkang yang kebanyakkannya adalah ustaz-ustaz yang beriman dan percaya kepada qada dan qadar ALLAH. Jangan bertindak dengan emosi dan kita serahkan kepada kebijaksaan serta kepintaran Lagi Arif hakim dan peguam-peguam yang terlibat. "Bila timbul yang Hak yang Batil akan gugur dengan sendirinya".
Kita telah lama merdeka..sepatutnya jiwa dan minda kita juga mesti merdeka..sistem perundangan Negara telah terserlah berjaya menjadikan negara kita maju dan harmoni serta disegani oleh negara-negara luar.
Tiada gunanya kita menimbulkan polemik-polemik murahan yang akhirnya menghancurkan negara yang bertuah semata-mata dengan membuat andaian-andaian yang tidak menguntungkan kita semua.Tanpa mengira kita siapa besar atau kecil darjat kita bila lah mahkamah yang Agung menentukannya.Masing-masing telah pun menjalankan tugas dan amanah masing-masing.Seluruh rakyat harus meneruskan amanah yang diamanahkan...jangan terbelit dengan mainan sempit lagi dusta individu-individu yang pentingkan diri melebihi dari kepentingan negara.Kita sepatutnya merenung jauh ke hadapan memikirkan masa depan negara dan anak cucu kita.Semoga keputusan perbicaraan ini membuka lembaran baru bagi Negara untuk memacu kecemerlangan untuk dicurahkan kepada generasi akan datang dan dipelihara oleh mereka dengan penuh kesyukuran. YA ALLAH YA TUHAN JADIKAN NEGARA MALAYSIA INI NEGARA YANG KAU BERKATI DAN RAHMATI.AMIN......