Khamis, 17 Disember 2009

ANWAR GAGAL LAGI KERANA LEWAT

Ketua Pembangkang DSAI yang di Dakwa Kes Liwat yang Lewat ...sekali lagi Lewat dalam tindakan untuk menyelamatkan dirinya ,,sekali lagi berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan BN di Parlimen Gagal lagi kerana dan Lewat....DSAI bukan sahaja gagal dalam mengenepikan Kes Liwat yang lewatnya tetapi gagal juga dalam menjatuhkan kerajaan BN di Parlimen......Bila sahaja berbicara tentang DSAI ni saya teringat pesanan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada PA nya dalam filem "Madu Tiga".....jika kenapa kemalangan "tipu" itu berlaku kepadanya jawab je lah "KESIAN".....Saya rasa rakyat Malaysia pun harus jawab "Kesian" jika ada apa-apa yang DSAI lakukan ataupun cakapkan....Saya pun "Kesian" Kat DSAI yang berdiri selama 6 jam di Parlimen membentangkan Belanjawan Peribadinya yang Lewat......KESIAN............

Jumaat, 11 Disember 2009

DAP terus biaDAP...PAS dan PKR terus Membisu

Semasa Dato Sri Najib Tun Razak menyatakan Malaysia akan membantu umat Islam di selatan Thai.....Sekali lagi umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kenyataan biaDAP lagi GILA Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan pembinaan Masjid di seluruh Negara..DAP semakin berani mempersoalkan Hak-Hak Keagungan Islam dan kedaulatan Raja Melayu. KebiaDAPan DAP ini adalah sejak gabungan pakatan Pembangkang bersama PAS dan PKR yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka dalam mempertikaian hak-hak Agama Islam dalam Perlembagaan Negara. Dimana suara pemimpin PAS dan PKR yang Islamik itu? Memang sebelum ada wakil rakyat DAP membaca Al-Quran dan Takbir Raya serta Isu Jual Arak Di Selangor....ulamak PAS dan PKR kata "TAK PA"....inilah pemimpin Pakatan Pembangkang Cakap berbelit-belit dan putar alam asalkan cita -cita politik Sempit lagi peribadi mereka tercapai......kepada kawan kawanku sekelian bangkitlah dan bersatu kita menentang pertualang bangsa yang selama ini bersetuju dengan kebiaDAPan DAP sebelum Agama Islam yang kita anuti dan Junjung ini tidak terus diaibkan oleh PAKATAN PEMBANGKANG.

Khamis, 10 Disember 2009

JIWA NAJIB DAN JIWA TUN RAZAK

Lawatan Dato Sri Najib ke selatan Thai memberi harapan baru kepada penduduk Islam disini.Lawatan ini juga menunjukkan keprihatinan Dato Sri Najib dalam memelihara keharmonian umat Islam tanpa mengira sempadan negara. Jiwa membela umat Islam seperti dipelopori oleh Arwah ayahandanya terus marak menyala walaupun sering di kritikan oleh musuh politiknya yang sentiasa cemburu dan iri hati akan kelebihan yang dianugerah oleh Tuhan kepada Dato Sri Najib. Kata di kota dan janji ditunai sentiasa menjadi prinsip dan pegangan Dato Sri Najib dalam menakhodakan zaman yang mencabar ini.
Walaupun ada orang sentiasa doakan kemusnahan Dato Sri Najib namun ALLAH jua lah menentukan segalanya.....seketika dahulu Arwah Ayahanda pun di fitnah oleh musuh-musuh politiknya semasa pembukaan FELDA...Namun kini Felda terus menjadi tempat orang-orang melayu memacu kejayaan hidup termasuk mereka-mereka yang menentang ketika waktu dulu.
Dengan Lawatan ini kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar umat Islam di selatan Thai akan terus dilindungi oleh ALLAH SWT...kepada umat Islam di Malaysia marilah kita berdoa agar Dato Sri Najib dan keluarga terus di beri kekuatan dan hidayah ALLAH SWT.......

Rabu, 2 Disember 2009

KES LIWAT YANG LEWAT


Akhirnya Mahkamah Tinggi memutuskan Dato Sri Anwar Ibrahim tidak boleh membatalkan permohonan pertuduhan Liwatnya tehadap bekas Pembantunya Sdr Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan ini amat wajar memandangkan semua saksi dan pendakwa sudah lama bersedia memberi keterangan mengenai kes ini....... Cuma saya pelik sikit dengan DSAI ini kerana beria-ria sangat nak tangguh kes ni....sebab bagi saya beliau tidak melakukan perkara terkutuk ini...apa yang nak ditakutkan ? DSAI dari awal lagi menyatakan yang beliau adalah pejuang Islam yang sebenar dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk ini...saya pun yakin yang beliau memang tidak melakukan perbuatan ini lebih lebih lagi terhadap Bekas Pembantunya walaupun kawan kawan saya cakap Sdr Saiful ini JAMBU?.....Sebagai pemimpin Islam yang disanjung tinggi oleh pemimpin negara-negara Barat terutama Negara Polis Dunia USA ,...DSAI sepatutnya mohon cepatkan perbicaraan kes Liwat ini dan buktikan kepada Dunia bahawa DSAI tidak bersalah ......."Bak kata seorang kawan baik saya ...sekiranya dia dituduh melakukan perkara yang dia tidak lakukannya....sepatutnya minggu depan orang nak dakwa dia ,semalam dan dia mohon bicara pertuduhannya"......Apa pun sedar tak sedar mereka yang selama ini menyokong DSAI akhirnya terpedaya dan tercalar segala imej akibat oleh perbuatan DDSAI....DSAI berjaya menyorokkan kuku DAP semata nak menjaga hati PAS...dan DSAI juga berjaya memaksa PAS menyorokkan Kukunya semata-mata dan menjaga hati DAP.....Lihat lah apa dah jadi dengan YAB Tok Guru Nik Aziz.......Itu lah Anwar Ibrahim pemimpin masa depan bagi pemimpin-pemimpin Negara Barat khususny Amerika.....Umat Islam Jangan lupa apa yang DSAI lakukan kepada Negara pada tahun 1997 dan 1998.....Jika hebatnya ahli-ahli politik parti pembangkang hari ini......ini juga adalah kerana mereka telah di selamatkan oleh ALLAH SWT...melalui hambanya Bernama Mahathir Bin Mohamad dengan melakukan tindakan menyikirkan DSAI pada tahun1998.....Marilah kita doakan DSAI sihat dan sejahtera....dan doakan YAB Tok Guru Nik Aziz dan Menantunya juga sihat dan sejahtera dan menjadi keluarga paling bahagia.AMIN..........

Jumaat, 24 Julai 2009

aku lar anak penyambung warisan ini....



WARISAN



Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan



( korus )Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini



BetapaDibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki



Aku Bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini



( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Khamis, 16 Julai 2009

INI LAR MEREKA.....


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).
Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.
Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.
Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.
Selain itu, punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN. Tambah beliau, jika pengundi muda sudah menyokong BN, PAS seharusnya melakukan bedah siasat yang sejujur mungkin kerana perjuangan Islam yg dibawa oleh parti Islam itu tidak lagi menarik golongan muda untuk bersamanya.
*****xhabis-habis dorang ni nak persalahkan kerajaan dengan menuduh kerajaan memberi sogokan kepada pengundi??? Kalau begitu, di Permatang Pauh di mana dsi menang besar, sudah tentu besar sogokan yang diberi oleh pakatan rakyat??? xder pulok BN nak tuduh sebegitu kepada mereka?
***** "merata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" : peribahasa inilah yang paling tepat dilabelkan kepada geng-geng yang kononnya memperjuangkan Islam dan merasakan diri mereka sahaja yang akan selamat dari neraka dan akan masuk syurga...
*****Allah swt Maha Adil dan Mengetahui....

Rabu, 15 Julai 2009

RENUNGAN PAGI

Al-Quran pendinding diri


Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Apabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq. Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati, cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas. 9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah swt lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah swt beri melalui manusia...

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. **Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbunatas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu -bahagi dan akhirat dibawa mati.
*** Sementara kita di dunia pinjaman ini, marilah kita memperbanyakkan perkara yang baik, bersatu padu dan jangan sesama Melayu dan Islam...

Selasa, 14 Julai 2009

100 Hari Sebagai Perdana Menteri Malaysia




Sabtu lalu genap 100 hari DSNTAR sebagai Menteri Perdana ....100 hari disambut dengan majlis mesra rakyat dituruti dengan pengumuman 11 perkara yang jelas menunjukkan DSNTAR mendahulukan rakyat seperti yang beliau katakan.....Penambahbaikan(Retreat) KPI yang menjadi teras utama dalam menjayakan agenda kerajaan juga amat jelas DSNTAR mengutamakan pencapaian dan hasilnya akan memberi banyak faedah kepada Rakyat..KPI tiada yang terkecuali merupakan satu pembaharuan yang tepat 1Malaysia "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan". Syabas DSNTAR......Semoga ALLAH Memelihara beliau dan seluruh rakyat Malaysia.........SYUKUR..........................

Jumaat, 19 Jun 2009

BAHASA ITU ILMU, ILMU ITU KUASA

Salam untuk semua... Pok Li ni lahir di kampung dan memang belajar di kampung dan masa sekolah dulu, memang langsung tidak pernah diberi galakan oleh guru-guru untuk belajar Bahasa Inggeris namun Pok Li tetap meminati Bahasa ini, dan berasa bangga bila anak-anak berjaya menguasai Bahasa kedua ini malahan terdapat juga rakan-rakan Pok Li yang berbahasa Inggeris pabila berborak dengan Pok Li.. Mula-mula Pok Li ingat deme ni macam berlagak jer tapi bila Pok Li tengok cara meka ni, uper-upernya meka ni memang suka berpraktis untuk menguasai dengan lebih baik lagi..

Sejak itu Pok Li mula merasakan Bahasa Inggeris ini amat dekat di hati Pok Li walau Pok Li tidak fasih. Ada daya nak belajar tapi xpernah lagi kesempatan, tunggu lar nanti... Pok Li amat bersetuju PPSMI diteruskan demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara dan amat bersetuju dengan cadangan Kerajaan WAJIB LULUS bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris di dalam Peperiksaan SPM. Cuma nyer bila dah wajibkan lulus B.I ni, Pok Li nampok, kerajaan pun kena lah jugak mewajibkan lulus Matapelajaran Agama Islam @ Pendidikan Islam, baru nampak lagi tersusun dan bervisi sebagai Negara Islam...

Para pembangkang jagan bimbang kerana Pok Li rasa xakan hilang jati diri hanya kerana kerajaan mewajibkan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris SEBALIKNYA Jati Diri Melayu akan berkurang kira kita menolak untuk menguasai banyak Ilmu dan Bahasa... Allah swt Maha Mengetahui.. Fikir-fikirkanlah

SALAM GERBANG MAYA


Salam Pagi Jumaat... Pok Li harap semua rakan-rakan sihat selalu... Pok Li ni baru di Alam Maya ni. Jadi nyer mana salah dan silap dalam tulisan ni harap dimaafi... Mana yang elok untuk diri sendiri, mana yang kurang baik boleh lar diteguri... Allah jua yang Maha Mengetahui..