Jumaat, 19 Jun 2009

BAHASA ITU ILMU, ILMU ITU KUASA

Salam untuk semua... Pok Li ni lahir di kampung dan memang belajar di kampung dan masa sekolah dulu, memang langsung tidak pernah diberi galakan oleh guru-guru untuk belajar Bahasa Inggeris namun Pok Li tetap meminati Bahasa ini, dan berasa bangga bila anak-anak berjaya menguasai Bahasa kedua ini malahan terdapat juga rakan-rakan Pok Li yang berbahasa Inggeris pabila berborak dengan Pok Li.. Mula-mula Pok Li ingat deme ni macam berlagak jer tapi bila Pok Li tengok cara meka ni, uper-upernya meka ni memang suka berpraktis untuk menguasai dengan lebih baik lagi..

Sejak itu Pok Li mula merasakan Bahasa Inggeris ini amat dekat di hati Pok Li walau Pok Li tidak fasih. Ada daya nak belajar tapi xpernah lagi kesempatan, tunggu lar nanti... Pok Li amat bersetuju PPSMI diteruskan demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara dan amat bersetuju dengan cadangan Kerajaan WAJIB LULUS bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris di dalam Peperiksaan SPM. Cuma nyer bila dah wajibkan lulus B.I ni, Pok Li nampok, kerajaan pun kena lah jugak mewajibkan lulus Matapelajaran Agama Islam @ Pendidikan Islam, baru nampak lagi tersusun dan bervisi sebagai Negara Islam...

Para pembangkang jagan bimbang kerana Pok Li rasa xakan hilang jati diri hanya kerana kerajaan mewajibkan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris SEBALIKNYA Jati Diri Melayu akan berkurang kira kita menolak untuk menguasai banyak Ilmu dan Bahasa... Allah swt Maha Mengetahui.. Fikir-fikirkanlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan