Rabu, 6 April 2011

NEGARA PERLUKAN TRANFORMASI BUKAN REFORMASI DSAI

Pembentangan Tranformasi Kerajaan (GTP) baru membuktikan bahawa Kerajaan pimpinan Dato Sri Najib telah membuahkan hasil yang banyak untuk kesejahteraan Rakyat dan ini membuktikan bahawa Kerajaan mendahulukan Rakyat dan mengutamakan pencapaian negara. Segala perancangan yang bijak dan rapi oleh kerajaan ternyata "KATA DIKOTA"......ianya bukanlah satu cakap2 kosong atau retorik ....seperti apa yang dijadikan dasar dan amalan pakatan pembangkang.... Rakyat mesti bersatu hati dan minda membantu kerajaan untuk kesejahteraan semua dan hasil yang baik ini sudah pasti menjadi perjuangan untuk memastikan negara terus maju,aman dan makmur hidup dalam semangat gagasan 1Malaysia.... Tahniah Dato Sri Najib yang berjaya memakmurkan negara..InsyaALLAH.....segala kerja murni Perdana menteri akan terpelihara dan mendapat sokongan padu Rakyat 1Malaysia......Salam perjuangan.....

Khamis, 6 Januari 2011

UNTUK KE PUTRAJAYA BUDAYA FITNAH MENJADI DASAR PAKATAN PEMBANGKANG

Salam 1Malaysia......Gagasan 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana telah diterima oleh Rakyat berbagai kaum di negara ini. Inilah yang menjadi igauan dan mimpi ngeri pakatan pembangkang terutama ketua pembangkang DS Anuwar Ibrahim. Namun sudah menjadi cara atau"trend" pembangkang budaya memfitnah dan berbohong menjadi modul operandi mereka untuk menjatuh dan memburukkan pemimpin UMNO dan BN. Terbaru Dato seri Utama Dr.Rais Yatim menjadi sasaran dan mangsa pakatan pembangkang untuk berbohong dan memfitnah bagi menjejaskan dan memburukkan repustasi serta imej pemimpin BN.
Pembohongan dan fitnah pembangkang yang menyatakan bahawa Dato Sri Rais Yatim telah terlibat memperkosa seorang pembantu rumah adalah satu fitnah politik yang berniat jahat.Perbuatan pihak pembangkang ini merupakan tindakan yang paling keji,jijik dan amat busuk dalam percaturan mereka untuk menjatuh kerajaan dan pemimpin BN.
Budaya fitnah terhadap pemimpin kerajaan telah menjadi cara dan strategi politik jahat pembangkang sejak tahun 1999 lagi. Pada tahun 1999 pembangkang telah mengadakan "jelajah Fitnah dan berbohong" ke seluruh negara untuk mempengaruhi rakyat agar menolak kerajaan dan pemimpin kerajaan.Pembangkang merasakan dengan cara ini mereka boleh memenangi pilihanraya seperti yang mereka lakukan pada 1999. Kini strategi ini berulang kembali dengan menjadikan Dato Sri Utama Rais Yatim mangsa fitnah pertama pembangkang pada tahun 2011.Perancangan jahat memfitnah Perdana Menteri dalam kes Antatuya tidak berjaya dan ditolak rakyat. kini perancangan tahun baru mereka dengan memfitnah Dato Sri Rais Yatim telah pun bermula.
Dato Sri Utama Dr.Rais Yatim dilihat pembangkang sebagai menteri yang berjaya dalam kempennya mengenai gagasan 1Malaysia. Inilah yang merisaukan dan membimbangkan pembangkang kerana rakyat telah pun menerima konsep ini, dan idea-idea bernas Dato Sri Rais memberi permahaman Gagasan Konsep 1Malaysia melalui Kementeriannya, dilihat menjadi penghalang kepada cita-cita jahat dan keji politik pembangkang untuk menawan Putrajaya.Dalam mengejar cita-cita, pembangkang akan sentiasa menyuburkan budaya fitnah dan berbohong .Dalam Sejarah Politik jahat pembangkang semua Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO sentiasa menjadi Sasaran fitnah keji mereka,juga termasuk ahli Agama dan Ulamak yang menyokong Kerajaan turut difitnah.
Kepada pemimpin pembangkang hentikan fitnah jahat yang keji ini kerana rakyat telah mengetahui bahawa isu ini sengaja diadakan semata-mata mahu menutup isu dakwaan kes LIWAT ketua mereka DSAI yang juga "pemimpin anugerah Tuhan yang takut bersumpah atas nama Tuhan".Janganlah kerana ketandusan dan kekontangan isu, fitnah jahat ini"dihalalkan"
Kepada Dato Sri Utama Dr.Rais Yatim teruskan perjuangan memartabat Agama,Bangsa dan Negara,sebagai pemimpin veteran Kanan yang berpengalaman luas ini ujian ini merupakan suntikan semangat baru untuk terus berkhidmat dan percaya rakyat akan bersama menentang kejahatan fitnah jijik pembangkang ini. Salam Perjuangan...................

Rabu, 12 Mei 2010

ADA JAWATAN KOSONG BLOGGERS DI KELANTAN

Kickdifella meletak jawatan sebagai bloggers upahan PAS yang di bayar RM 4 juta???... Nampaknya parti Islam PAS mempunyai wang yg banyak untuk memburuk Pemimpin UMNO..

Khamis, 11 Februari 2010

ANWAR PERLU MOHON MAAF(Utusan Malaysia 11 Febuari 2010)

Tajuk akhbar Utusan Malaysia 11 Febuari 2010.....meminta DSAI memohon maaf kepada utusan Malaysia. Sebenarnya DSAI sepatutnya bukan sahaja perlu memohon maaf kepada Utusan tetapi perlu juga bertaubat dan bukan hanya taubuat.Peguam kes liwatnya Karpal Singh juga pernah berkata"ANUWAR BRAHIM PERLU BERTAUBAT"....apakah DSAI dah bertaubat dengan memilih Karpal Singh sebagai peguam belanya.....
Karpal Singh juga mesti memohon maaf dengan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dengan kenyataan BiaDAPnya dengan menyatakan Hakim Berbohong.....Inilah sejarah dalam sistem perundangan dimana Hakim dikatakan "Berbohong" ,ini amat kasar dan tidak wajar dilemparkan kepada Hakim oleh seorang peguam.Cuma kita nak bagi tahu kapal sing yang sebenarnya dia pembohongnya dan orang yang menduduki tempat pertama sebagai pembohong adalah anak guamannya Anuwar ibrahim.Kenapa kapal sing bersungguh-sungguh nak mempertahankan pembohong?Sebenarnya merekalah pembohong-pembohong diabad ini.
Bayangkan pembohong-pembohong ini memerintah negara.....rosak anak cucu dek kerana mereka ini. Aapakah kapal sing juga akan menjadi peguam syariee anuwar bila tuntutan qazafnya didengar dimahkamah? kita tak hairan memang pun kapal sing telah gelar ustaz oleh pemimpin pembangkang.Hebatnya lakonan mereka yang diterbit dan diarahkan oleh anuwar ibrahim.Selamatkan Malaysia.................

Isnin, 8 Februari 2010

KES LIWAT YANG LEWAT

Hari ini masuk hari ketiga kes perbicaraan salah laku seks(Liwat) DSAI.Kini tiba masanya pula peguan bela DSAI mengemukan soalan balas terhadap saiful bahri. Saya amat tertarik dengan keberanian Sdr.Saiful dalam mempertahankan dirinya...Keikhlasan bersumpah telah pun ditunaikan...kini mahkamah yang adil menjadi saksi dengan kebenaran dan akan menguraikan segala kekusutan yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Diharapkan semua pihak bersabar terutama pihak pembangkang yang kebanyakkannya adalah ustaz-ustaz yang beriman dan percaya kepada qada dan qadar ALLAH. Jangan bertindak dengan emosi dan kita serahkan kepada kebijaksaan serta kepintaran Lagi Arif hakim dan peguam-peguam yang terlibat. "Bila timbul yang Hak yang Batil akan gugur dengan sendirinya".
Kita telah lama merdeka..sepatutnya jiwa dan minda kita juga mesti merdeka..sistem perundangan Negara telah terserlah berjaya menjadikan negara kita maju dan harmoni serta disegani oleh negara-negara luar.
Tiada gunanya kita menimbulkan polemik-polemik murahan yang akhirnya menghancurkan negara yang bertuah semata-mata dengan membuat andaian-andaian yang tidak menguntungkan kita semua.Tanpa mengira kita siapa besar atau kecil darjat kita bila lah mahkamah yang Agung menentukannya.Masing-masing telah pun menjalankan tugas dan amanah masing-masing.Seluruh rakyat harus meneruskan amanah yang diamanahkan...jangan terbelit dengan mainan sempit lagi dusta individu-individu yang pentingkan diri melebihi dari kepentingan negara.Kita sepatutnya merenung jauh ke hadapan memikirkan masa depan negara dan anak cucu kita.Semoga keputusan perbicaraan ini membuka lembaran baru bagi Negara untuk memacu kecemerlangan untuk dicurahkan kepada generasi akan datang dan dipelihara oleh mereka dengan penuh kesyukuran. YA ALLAH YA TUHAN JADIKAN NEGARA MALAYSIA INI NEGARA YANG KAU BERKATI DAN RAHMATI.AMIN......

Khamis, 28 Januari 2010

AWAS FIRAUN KECIL ITU DARI TERUS MENGGANAS?

Kelantangan YB Zulkifly Noordin dalam mempertahankan kesucian Kalimah ALLAH ,nampaknya tidak disenangi oleh ketua Pembangkang DSAI....Nampaknya DSAI makin hilang sabar dengan ketegasan YB Zulkifly Noordin...DSAI melihat cara YB Zul ini boleh menghalang cita-citanya dari menjadi Perdana Menteri...Selama ini DSAI telah berjaya menyatukan PAS dan DAP yang tak rela dan berkahwin mutaah kedua-dua pemimpin Parti ini. DSAI telah berjaya mempengaruhi DAP agar membelakangkan ideologi partinya demi menjaga hati pemimpin dan penyokong PAS.Begitu juga dengan Pemimpin PAS ,DSAI telah berjaya mempengaruhi mereka agar membelakangkan prinsip dan ideologi Keislaman mereka demi perkahwinan mutaah mereka ini.
Bagi DSAI kekuasaan didahulukan dan keagamaan diketepikan demi meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Dalam isu Kalimah ALLAH mengapa pimpinan PAS Diam Membisu?kemanakah perjuangan menegakkan Islam yang selama ini dilaungkan.Begitu juga DAP mereka seolah-olah bersetuju dengan keputusan Mahkamah dan mereka juga seolah olah ingin berdemotrasi untuk menyatakan sokongan bahawa Agama lain juga berhak menggunakan Kalimah ALLAH. Inilah sebenarnya DSAI yang amat bahaya kepada Negara sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah Negara. Keberanian YB Zul harus dipuji oleh umat islam dinegara ini...tetapi keberanian YB Zul dikeji pula oleh DSAI dan sekutunya....
Masih kita ingat sewaktu YAB Tun Mahathir Mohamad memecatnya DSAI pada tahun 1998....semua rakyat yang menyokong DSAI dan Pembangkang telah mengelar Tun Mahathir sebagai Mahafiraun.....ALLAH MAHA KAYA.....hari ini Firaun yang dicanang oleh Pembangkang pada tahun 1998..telah pun menjelma sedikit demi sedikit wajahnya? Siapakah sebenarnya Mahafiraun itu? YB Zul ada jawabnya......Syukur Selamatkan Malaysia......