Khamis, 28 Januari 2010

AWAS FIRAUN KECIL ITU DARI TERUS MENGGANAS?

Kelantangan YB Zulkifly Noordin dalam mempertahankan kesucian Kalimah ALLAH ,nampaknya tidak disenangi oleh ketua Pembangkang DSAI....Nampaknya DSAI makin hilang sabar dengan ketegasan YB Zulkifly Noordin...DSAI melihat cara YB Zul ini boleh menghalang cita-citanya dari menjadi Perdana Menteri...Selama ini DSAI telah berjaya menyatukan PAS dan DAP yang tak rela dan berkahwin mutaah kedua-dua pemimpin Parti ini. DSAI telah berjaya mempengaruhi DAP agar membelakangkan ideologi partinya demi menjaga hati pemimpin dan penyokong PAS.Begitu juga dengan Pemimpin PAS ,DSAI telah berjaya mempengaruhi mereka agar membelakangkan prinsip dan ideologi Keislaman mereka demi perkahwinan mutaah mereka ini.
Bagi DSAI kekuasaan didahulukan dan keagamaan diketepikan demi meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Dalam isu Kalimah ALLAH mengapa pimpinan PAS Diam Membisu?kemanakah perjuangan menegakkan Islam yang selama ini dilaungkan.Begitu juga DAP mereka seolah-olah bersetuju dengan keputusan Mahkamah dan mereka juga seolah olah ingin berdemotrasi untuk menyatakan sokongan bahawa Agama lain juga berhak menggunakan Kalimah ALLAH. Inilah sebenarnya DSAI yang amat bahaya kepada Negara sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah Negara. Keberanian YB Zul harus dipuji oleh umat islam dinegara ini...tetapi keberanian YB Zul dikeji pula oleh DSAI dan sekutunya....
Masih kita ingat sewaktu YAB Tun Mahathir Mohamad memecatnya DSAI pada tahun 1998....semua rakyat yang menyokong DSAI dan Pembangkang telah mengelar Tun Mahathir sebagai Mahafiraun.....ALLAH MAHA KAYA.....hari ini Firaun yang dicanang oleh Pembangkang pada tahun 1998..telah pun menjelma sedikit demi sedikit wajahnya? Siapakah sebenarnya Mahafiraun itu? YB Zul ada jawabnya......Syukur Selamatkan Malaysia......

1 ulasan:

  1. Salam bro, teruskan tulisan yang baik..... jaga-jaga dengan firaun-firaun ni.....

    BalasPadam