Selasa, 5 Januari 2010

KALIMAH ALLAH HAK AGAMA ISLAM

Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Gereja Katolik menggunakan Kalimah ALLAH dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly baru-baru ini telah menimbulkan rasa marah dan sudah pasti jika tidak didamaikan akan boleh mencetuskan rusuhan kaum yang memuncak....Ini adalah pengajaran yang harus umat islam di negara kita fikirkan jika kita terus berpecah belah dan tidak bersatu mengenai kepentingan umah. Perpecahan yang berterusan ini sepatutnya mencari petunjuk kepada umat islam di negara kita agar bersatu berdiri teguh menyokong kepimpinan negara yang diketuai oleh seorang Islam.....Hanya dengan bersatu menyokong kepimpinan negara kita akan dapat terus memperjuangkan serta memelihara keagungan dan keesaan Islam....Seluruh umat islam tanpa mengira fahaman politik mesti bersatu di bawah kepimpinan arus perdana negara untuk meletak Islam dan umatnya di Malaysia di tempat yang sepatutnya. Kita Amat yakin dengan kepintaran dan kecekapan dato Sri Najib menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu akan berjalan dengan lancar dan ianya akan dapat diselesaikan serta mengembalikan "Hak Kalimah ALLAH milik mutlak Agama dan Umat Islam Sahaja". Rakyat harus bertenang dan yang penting mesti memberi sokongan padu kepada kerajaan mengatasi perkara ini tanpa mengadaikan keamanan Negara.

1 ulasan:

  1. Salam bro, kita berharap Raja-Raja Melayu dalam negara tidak mendiam diri............ Kebawah Duli Tuanku semua adalah Pengerusi Agama Islam dalam Negeri-Negeri..........

    BalasPadam