UMNO Juara Rakyat telah pun dilancarkan oleh Perdana Menteri Merangkap Presiden UMNO di Negeri Selangor baru-baru ini....Pengumuman demi pengumuman demi kesejahteraan rakyat telah di lakukan oleh PM. Rakyat secara keseluruhannya telah pun menerima perubahan yang dilakukan oleh PM. ...Akan tetapi apa yang mendukacitakan ada diantara Menteri dan Timbalan Menteri serta Ahli Parlimen BN tidak melakukan anjakan Paradigma agar secara dengan kehendak PM dan Aspirasi Rakyat. Terdapat juga Menteri dan Timb.Menteri tidak peka dengan PM dan ada diantara mereka jelas melakukan perbuatan yang nyata bercanggah dengan wawasan PM...Ketidakhadiran mereka apakah ada maksud yang tersirat dan amat berkaitan dengan cita Anwar Ibrahim yang ingin merampas Kerajaan di Parlimen.Tetapi ALLAH Maha mengetahui segalanya niat jahat itu tidak tercapai...... Cadangan menaikan harga gula sebanyak 20 sen adalah amat tidak wajar...Apakah itu hadiah KPDNKK kepada rakyat Malaysia untuk pergi bercuti menyambut tahun baru 2010 atau tahun 20sen....mewujudkan Parlimen Mahasiswa dan pentas berpidato di IPTA harus dikaji dengan teliti dan halus....Budaya ini kita bimbang akan menjadi Budaya Anwar Ibrahim di Kampus pada tahun 70an yang hanya tahu berpidato dan mengkritik dan kurang memberi tumpuan pada asas sebenar untuk mencari ILMU....Apakan ini hadiah menyambut tahun dengan sama-sama menyambut budaya Anwarisme yang tahu bercakap tapi tidak tahu buat Kerja......
Salam bro,
BalasPadamUMNO sudah lebih 50 tahun menjadi 'Juara Rakyat'..... hanya bagi mereka yang butahati sahaja yang menafikannya..........