Khamis, 16 Julai 2009

INI LAR MEREKA.....


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).
Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.
Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.
Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.
Selain itu, punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN. Tambah beliau, jika pengundi muda sudah menyokong BN, PAS seharusnya melakukan bedah siasat yang sejujur mungkin kerana perjuangan Islam yg dibawa oleh parti Islam itu tidak lagi menarik golongan muda untuk bersamanya.
*****xhabis-habis dorang ni nak persalahkan kerajaan dengan menuduh kerajaan memberi sogokan kepada pengundi??? Kalau begitu, di Permatang Pauh di mana dsi menang besar, sudah tentu besar sogokan yang diberi oleh pakatan rakyat??? xder pulok BN nak tuduh sebegitu kepada mereka?
***** "merata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" : peribahasa inilah yang paling tepat dilabelkan kepada geng-geng yang kononnya memperjuangkan Islam dan merasakan diri mereka sahaja yang akan selamat dari neraka dan akan masuk syurga...
*****Allah swt Maha Adil dan Mengetahui....

1 ulasan:

  1. Salam bro,
    Najib lahir dari seorang pemimpin agung yang memikirkan masa depan nasib bangsa Melayu, maka Naib juga meneruskan perjuangan ayahndanya....

    Hanya Melayu murtad sahaja yang sanggup mengkhianti bangsa macam si kitol............

    BalasPadam