Khamis, 10 Disember 2009

JIWA NAJIB DAN JIWA TUN RAZAK

Lawatan Dato Sri Najib ke selatan Thai memberi harapan baru kepada penduduk Islam disini.Lawatan ini juga menunjukkan keprihatinan Dato Sri Najib dalam memelihara keharmonian umat Islam tanpa mengira sempadan negara. Jiwa membela umat Islam seperti dipelopori oleh Arwah ayahandanya terus marak menyala walaupun sering di kritikan oleh musuh politiknya yang sentiasa cemburu dan iri hati akan kelebihan yang dianugerah oleh Tuhan kepada Dato Sri Najib. Kata di kota dan janji ditunai sentiasa menjadi prinsip dan pegangan Dato Sri Najib dalam menakhodakan zaman yang mencabar ini.
Walaupun ada orang sentiasa doakan kemusnahan Dato Sri Najib namun ALLAH jua lah menentukan segalanya.....seketika dahulu Arwah Ayahanda pun di fitnah oleh musuh-musuh politiknya semasa pembukaan FELDA...Namun kini Felda terus menjadi tempat orang-orang melayu memacu kejayaan hidup termasuk mereka-mereka yang menentang ketika waktu dulu.
Dengan Lawatan ini kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar umat Islam di selatan Thai akan terus dilindungi oleh ALLAH SWT...kepada umat Islam di Malaysia marilah kita berdoa agar Dato Sri Najib dan keluarga terus di beri kekuatan dan hidayah ALLAH SWT.......

1 ulasan:

  1. Amin.......... Amin......... semoga doa rakyat Malaysia dimakbulkanNya........ sejahtera Najib dan negara Malaysia.....

    BalasPadam