Isnin, 8 Februari 2010

KES LIWAT YANG LEWAT

Hari ini masuk hari ketiga kes perbicaraan salah laku seks(Liwat) DSAI.Kini tiba masanya pula peguan bela DSAI mengemukan soalan balas terhadap saiful bahri. Saya amat tertarik dengan keberanian Sdr.Saiful dalam mempertahankan dirinya...Keikhlasan bersumpah telah pun ditunaikan...kini mahkamah yang adil menjadi saksi dengan kebenaran dan akan menguraikan segala kekusutan yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Diharapkan semua pihak bersabar terutama pihak pembangkang yang kebanyakkannya adalah ustaz-ustaz yang beriman dan percaya kepada qada dan qadar ALLAH. Jangan bertindak dengan emosi dan kita serahkan kepada kebijaksaan serta kepintaran Lagi Arif hakim dan peguam-peguam yang terlibat. "Bila timbul yang Hak yang Batil akan gugur dengan sendirinya".
Kita telah lama merdeka..sepatutnya jiwa dan minda kita juga mesti merdeka..sistem perundangan Negara telah terserlah berjaya menjadikan negara kita maju dan harmoni serta disegani oleh negara-negara luar.
Tiada gunanya kita menimbulkan polemik-polemik murahan yang akhirnya menghancurkan negara yang bertuah semata-mata dengan membuat andaian-andaian yang tidak menguntungkan kita semua.Tanpa mengira kita siapa besar atau kecil darjat kita bila lah mahkamah yang Agung menentukannya.Masing-masing telah pun menjalankan tugas dan amanah masing-masing.Seluruh rakyat harus meneruskan amanah yang diamanahkan...jangan terbelit dengan mainan sempit lagi dusta individu-individu yang pentingkan diri melebihi dari kepentingan negara.Kita sepatutnya merenung jauh ke hadapan memikirkan masa depan negara dan anak cucu kita.Semoga keputusan perbicaraan ini membuka lembaran baru bagi Negara untuk memacu kecemerlangan untuk dicurahkan kepada generasi akan datang dan dipelihara oleh mereka dengan penuh kesyukuran. YA ALLAH YA TUHAN JADIKAN NEGARA MALAYSIA INI NEGARA YANG KAU BERKATI DAN RAHMATI.AMIN......

2 ulasan:

  1. Salam bro, Karpal Singh perlu bertaubat lebih dulu........sebelum ini dia pernah mendesak Anwar bertaubat di Parlimen.....kah...kah...kah...

    BalasPadam