Rabu, 12 Mei 2010

ADA JAWATAN KOSONG BLOGGERS DI KELANTAN

Kickdifella meletak jawatan sebagai bloggers upahan PAS yang di bayar RM 4 juta???... Nampaknya parti Islam PAS mempunyai wang yg banyak untuk memburuk Pemimpin UMNO..

Khamis, 11 Februari 2010

ANWAR PERLU MOHON MAAF(Utusan Malaysia 11 Febuari 2010)

Tajuk akhbar Utusan Malaysia 11 Febuari 2010.....meminta DSAI memohon maaf kepada utusan Malaysia. Sebenarnya DSAI sepatutnya bukan sahaja perlu memohon maaf kepada Utusan tetapi perlu juga bertaubat dan bukan hanya taubuat.Peguam kes liwatnya Karpal Singh juga pernah berkata"ANUWAR BRAHIM PERLU BERTAUBAT"....apakah DSAI dah bertaubat dengan memilih Karpal Singh sebagai peguam belanya.....
Karpal Singh juga mesti memohon maaf dengan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dengan kenyataan BiaDAPnya dengan menyatakan Hakim Berbohong.....Inilah sejarah dalam sistem perundangan dimana Hakim dikatakan "Berbohong" ,ini amat kasar dan tidak wajar dilemparkan kepada Hakim oleh seorang peguam.Cuma kita nak bagi tahu kapal sing yang sebenarnya dia pembohongnya dan orang yang menduduki tempat pertama sebagai pembohong adalah anak guamannya Anuwar ibrahim.Kenapa kapal sing bersungguh-sungguh nak mempertahankan pembohong?Sebenarnya merekalah pembohong-pembohong diabad ini.
Bayangkan pembohong-pembohong ini memerintah negara.....rosak anak cucu dek kerana mereka ini. Aapakah kapal sing juga akan menjadi peguam syariee anuwar bila tuntutan qazafnya didengar dimahkamah? kita tak hairan memang pun kapal sing telah gelar ustaz oleh pemimpin pembangkang.Hebatnya lakonan mereka yang diterbit dan diarahkan oleh anuwar ibrahim.Selamatkan Malaysia.................

Isnin, 8 Februari 2010

KES LIWAT YANG LEWAT

Hari ini masuk hari ketiga kes perbicaraan salah laku seks(Liwat) DSAI.Kini tiba masanya pula peguan bela DSAI mengemukan soalan balas terhadap saiful bahri. Saya amat tertarik dengan keberanian Sdr.Saiful dalam mempertahankan dirinya...Keikhlasan bersumpah telah pun ditunaikan...kini mahkamah yang adil menjadi saksi dengan kebenaran dan akan menguraikan segala kekusutan yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Diharapkan semua pihak bersabar terutama pihak pembangkang yang kebanyakkannya adalah ustaz-ustaz yang beriman dan percaya kepada qada dan qadar ALLAH. Jangan bertindak dengan emosi dan kita serahkan kepada kebijaksaan serta kepintaran Lagi Arif hakim dan peguam-peguam yang terlibat. "Bila timbul yang Hak yang Batil akan gugur dengan sendirinya".
Kita telah lama merdeka..sepatutnya jiwa dan minda kita juga mesti merdeka..sistem perundangan Negara telah terserlah berjaya menjadikan negara kita maju dan harmoni serta disegani oleh negara-negara luar.
Tiada gunanya kita menimbulkan polemik-polemik murahan yang akhirnya menghancurkan negara yang bertuah semata-mata dengan membuat andaian-andaian yang tidak menguntungkan kita semua.Tanpa mengira kita siapa besar atau kecil darjat kita bila lah mahkamah yang Agung menentukannya.Masing-masing telah pun menjalankan tugas dan amanah masing-masing.Seluruh rakyat harus meneruskan amanah yang diamanahkan...jangan terbelit dengan mainan sempit lagi dusta individu-individu yang pentingkan diri melebihi dari kepentingan negara.Kita sepatutnya merenung jauh ke hadapan memikirkan masa depan negara dan anak cucu kita.Semoga keputusan perbicaraan ini membuka lembaran baru bagi Negara untuk memacu kecemerlangan untuk dicurahkan kepada generasi akan datang dan dipelihara oleh mereka dengan penuh kesyukuran. YA ALLAH YA TUHAN JADIKAN NEGARA MALAYSIA INI NEGARA YANG KAU BERKATI DAN RAHMATI.AMIN......

Khamis, 28 Januari 2010

AWAS FIRAUN KECIL ITU DARI TERUS MENGGANAS?

Kelantangan YB Zulkifly Noordin dalam mempertahankan kesucian Kalimah ALLAH ,nampaknya tidak disenangi oleh ketua Pembangkang DSAI....Nampaknya DSAI makin hilang sabar dengan ketegasan YB Zulkifly Noordin...DSAI melihat cara YB Zul ini boleh menghalang cita-citanya dari menjadi Perdana Menteri...Selama ini DSAI telah berjaya menyatukan PAS dan DAP yang tak rela dan berkahwin mutaah kedua-dua pemimpin Parti ini. DSAI telah berjaya mempengaruhi DAP agar membelakangkan ideologi partinya demi menjaga hati pemimpin dan penyokong PAS.Begitu juga dengan Pemimpin PAS ,DSAI telah berjaya mempengaruhi mereka agar membelakangkan prinsip dan ideologi Keislaman mereka demi perkahwinan mutaah mereka ini.
Bagi DSAI kekuasaan didahulukan dan keagamaan diketepikan demi meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Dalam isu Kalimah ALLAH mengapa pimpinan PAS Diam Membisu?kemanakah perjuangan menegakkan Islam yang selama ini dilaungkan.Begitu juga DAP mereka seolah-olah bersetuju dengan keputusan Mahkamah dan mereka juga seolah olah ingin berdemotrasi untuk menyatakan sokongan bahawa Agama lain juga berhak menggunakan Kalimah ALLAH. Inilah sebenarnya DSAI yang amat bahaya kepada Negara sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah Negara. Keberanian YB Zul harus dipuji oleh umat islam dinegara ini...tetapi keberanian YB Zul dikeji pula oleh DSAI dan sekutunya....
Masih kita ingat sewaktu YAB Tun Mahathir Mohamad memecatnya DSAI pada tahun 1998....semua rakyat yang menyokong DSAI dan Pembangkang telah mengelar Tun Mahathir sebagai Mahafiraun.....ALLAH MAHA KAYA.....hari ini Firaun yang dicanang oleh Pembangkang pada tahun 1998..telah pun menjelma sedikit demi sedikit wajahnya? Siapakah sebenarnya Mahafiraun itu? YB Zul ada jawabnya......Syukur Selamatkan Malaysia......

Isnin, 25 Januari 2010

BERI BETIS NAK PEHA ......

Kerajaan Kelantan pimpinan TGNA telah menolak tawaran kerajaan Pusat mengenai Wang Ihsan. TGNA mendakwa kerajaan Pusat telah mengambil hak kerajaan Kelantan. Sebenarnya inilah sikap kepimpinan PAS Kelantan yang memerintah hampi 20 tahun tetapi tiada kemajuan dari segi pembangunan ekonomi negeri. Oleh yang demikian PAS Kelantan hanya mahukan royalti minyak diberi kepada mereka bukannya Wang Ihsan...inilah yang dikatakan sebagai diberi betis nak Peha....pimpinan PAS Kelantan tidak bersyukur dengan keprihatinan Kerajaan Pusat ingin membantu rakyat Kelantan dan membantu membangunkan ekonomi Kelantan.
Apabila keadaan ekonomi yang sedang meleset sekarang dan pelbagai isu

Khamis, 21 Januari 2010

LUPAKAN DSAI DAN DAP DEMI AGAMA DAN NUSA

Angkatan Muda Keadilan telah menjalan satu gerakan yang dinamakan"Jelajah Kota ke Kota" bagi kononnya menerangkan yang kes Liwat DSAI adalah satu konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan dan memusnah karier politik DSAI? Mengapa ini berlaku? Sekiranya DSAI tidak melakukan apa yang didakwa kepadanya, kenapa mereka harus berusaha secara politik untuk menjelajah ke seluruh negara bagi menerangkan isu ini.Adakah DSAI benar-benar melakukan Liwat ini? sepatutnya serahkan kepada keadilan Mahkamah untuk menentukan semua ini.DSAI pun telah melantik peguam-peguam yang hebat dan berpengalaman...mengapa harus AMK berpempik ke seluruh negara? Takut? Atau dan merasa bersalah dan tahu yang sebenar bahawa DSAI Memang melakukan "BENDA" ini.
Berbeza dengan Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad(TMM) yang bersedia didakwa dan dibicara jika ada apa-apa pertuduhan kepadanya. TMM adalah pemimpin Arus Perdana negara Islam Contoh yang mengamalkan "Berani Kerana Benar Taku Kerana Salah". DSAI adalah ulamak tersohor pakatan pembangkang yang AL-QURAN dan HADIS sentiasa dibibir dan percaya kepada qada" dan qadar ALLAH....mengapa harus bertindak seolah-olah takut dan tidak percaya kepada diri sendiri......
Apa yang menjadi persoalannya DSAI tidak percaya kepada dirinya sendiri, krisis roh dan jasadnya amat kritikal ketika ini....permohonan tunda demi tunda perbicaraan di mahkamah untuk apa? langkah khazaf yang di canang oleh DSAI adalah satu tindakan Panik akhirnya, untuk melarikan dirinya dari apa yang didakwa keatas DSAI.
Demi dendam yang tidak akan berakhir pemimpin PAS dan DAP telah menggunakan DSAI untuk kepentingan politik sempit untuk menjatuhkan kerajaan BN. Sedarlah pemimpin Pembangkang dan rakyat malaysia sekelian, mengapa anda semua amat mempercayai kata-kata DSAI sedangkan DSAI SENDIRI TIDAK PERCAYA KEPADA DIRINYA SENDIRI. Jika DSAI tidak percaya kepada dirinya sendiri jauh sekali DSAI mempercayai peguam-peguam dan Anda Semua..Jangan kita tertipu lagi dek keputaran DSAI. Mari kita bersatu membentuk Ummah dan negara yang lebih gemilang serta mendapat keredhaan ALLAH SWT..

Rabu, 13 Januari 2010

BERSATU UNTUK NEGARA

Memandangkan Keadaan Politik dan Ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini...ianya amat menuntut kepada semua rakyat bersatu menghadapi cabaran yang semakin mencabar ini. Jangan gadai maruah dan kedaulatan negara untuk mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri.Bersatulah Melayu di Bumi kamu ini sebagai kamu bersatu pada tahun 1946.

Selasa, 12 Januari 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN SEGALANYA.....

Sejak PM DSN mengambil alih kepimpinan negara pelbagai program telah dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat di negara ini....KPI dan NKRA adalah komitmen kerajaan yang menunjukkan seriusnya kerajaan untuk membela nasib semua kaum dinegara ini. Namun bukanlah satu kerja yang senang untuk kerajaan melaksanakan program ini jika tiada sokongan yang padu lagi berterusan dari seluruh rakyat Malaysia. Apa yang mendikacitakan setiap program untuk kesejahteraan rakyat sering di putar belit dan di manipulasikan oleh pihak pembangkang....Jika pembangkang ikhlas dengan rakyat mereka tidak sepatutnya mempolitikan segala program yang dilancarkan. Pembangkang lebih berusaha bertungkus lumus untuk memesongkan rakyat agar jangan berterimakasih dan apa yang lebih menyedihkan rakyat seolah-olah tak tahu bersyukur dan berterimakasih.Tidak semua rakyat dinegara ini terpedaya dengan tipu daya Pembangkang kerana Pembangkang hanya mengamal budaya politik sempit dalam kelompok mereka sahaja.Peranan Kerajaan BN amat besar sejak 1946 lagi hinggalah sekarang,ianya tidak boleh dinafikan tentang usaha Kerajaan untuk memastikan rakyat dinegara ini BERILMU dan dapat menjalankan kehidupan berkeluarga dengan aman dan bahagia. Jika Hebatnya Pembangkang pada hari ini, dinegara juga tidak boleh dinafikan ianya juga kerana dasar-dasar kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik, perbezaan AGAMA,kaum dan warna kulit...Bersatu rakyat Malaysia di Bawah Payung-Payung DiRaja Melayu yang di Dokong oleh kerajaan Barisan Nasional. Disinilah Bumi kita...........

Isnin, 11 Januari 2010

UMNO JUARA RAKYAT DULU KINI DAN SELAMANYA.....

UMNO Juara Rakyat telah pun dilancarkan oleh Perdana Menteri Merangkap Presiden UMNO di Negeri Selangor baru-baru ini....Pengumuman demi pengumuman demi kesejahteraan rakyat telah di lakukan oleh PM. Rakyat secara keseluruhannya telah pun menerima perubahan yang dilakukan oleh PM. ...Akan tetapi apa yang mendukacitakan ada diantara Menteri dan Timbalan Menteri serta Ahli Parlimen BN tidak melakukan anjakan Paradigma agar secara dengan kehendak PM dan Aspirasi Rakyat. Terdapat juga Menteri dan Timb.Menteri tidak peka dengan PM dan ada diantara mereka jelas melakukan perbuatan yang nyata bercanggah dengan wawasan PM...Ketidakhadiran mereka apakah ada maksud yang tersirat dan amat berkaitan dengan cita Anwar Ibrahim yang ingin merampas Kerajaan di Parlimen.Tetapi ALLAH Maha mengetahui segalanya niat jahat itu tidak tercapai...... Cadangan menaikan harga gula sebanyak 20 sen adalah amat tidak wajar...Apakah itu hadiah KPDNKK kepada rakyat Malaysia untuk pergi bercuti menyambut tahun baru 2010 atau tahun 20sen....mewujudkan Parlimen Mahasiswa dan pentas berpidato di IPTA harus dikaji dengan teliti dan halus....Budaya ini kita bimbang akan menjadi Budaya Anwar Ibrahim di Kampus pada tahun 70an yang hanya tahu berpidato dan mengkritik dan kurang memberi tumpuan pada asas sebenar untuk mencari ILMU....Apakan ini hadiah menyambut tahun dengan sama-sama menyambut budaya Anwarisme yang tahu bercakap tapi tidak tahu buat Kerja......

Selasa, 5 Januari 2010

KALIMAH ALLAH HAK AGAMA ISLAM

Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Gereja Katolik menggunakan Kalimah ALLAH dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly baru-baru ini telah menimbulkan rasa marah dan sudah pasti jika tidak didamaikan akan boleh mencetuskan rusuhan kaum yang memuncak....Ini adalah pengajaran yang harus umat islam di negara kita fikirkan jika kita terus berpecah belah dan tidak bersatu mengenai kepentingan umah. Perpecahan yang berterusan ini sepatutnya mencari petunjuk kepada umat islam di negara kita agar bersatu berdiri teguh menyokong kepimpinan negara yang diketuai oleh seorang Islam.....Hanya dengan bersatu menyokong kepimpinan negara kita akan dapat terus memperjuangkan serta memelihara keagungan dan keesaan Islam....Seluruh umat islam tanpa mengira fahaman politik mesti bersatu di bawah kepimpinan arus perdana negara untuk meletak Islam dan umatnya di Malaysia di tempat yang sepatutnya. Kita Amat yakin dengan kepintaran dan kecekapan dato Sri Najib menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu akan berjalan dengan lancar dan ianya akan dapat diselesaikan serta mengembalikan "Hak Kalimah ALLAH milik mutlak Agama dan Umat Islam Sahaja". Rakyat harus bertenang dan yang penting mesti memberi sokongan padu kepada kerajaan mengatasi perkara ini tanpa mengadaikan keamanan Negara.